Bismillahirrahmanirrahim…
Assalamualaikum
w.b.r & salam sejahtera.
Pernah tak
pembaca-pembaca mengalami masalah kaki melecet? Kaki MinahCun akan melecet
apabila shopping terlalu lama. Kulit
kaki MinahCun sensitif sikit, jadi ke mana-mana selalunya akan pakai stoking
untuk mengelakkan kaki melecet. Ada juga yang mengalami masalah kaki melecet ni
bila menggunakan kasut yang baru. Ramai yang mengatakan kalau kita gigit dahulu
kasut baru sebelum pakai, kaki tak akan melecet. Ada yang pernah cuba tak?
MinahCun tak pernah cuba cara tu, jadi tak boleh nak komen. Tetapi bagi mereka
yang mengalami masalah kaki melecet disebabkan berjalan terlalu lama dan kasut
baru makan kaki, boleh lah mencuba petua-petua yang MinahCun dapat daripada
pembacaan MinahCun ni:
1/ Teh Hijau
Bancuh air teh
hijau di dalam mangkuk besar atau besen. Kemudian, rendamkan kaki di dalam
bancuhan air teh hijau tersebut. Teh hijau mempunyai ciri-ciri anti-radang, ia boleh
membantu untuk menenangkan kulit bengkak atau radang sekitar bahagian melecet.
2/ Daun
Lidah Buaya
Ambil
sebatang daun lidah buaya dan potong hujung daun tersebut untuk mendapatkan
lendirnya. Sapukan lendir daun pada bahagian kulit kaki yang melecet. Amalkan
beberapa hari untuk mendapatkan hasil yang memuaskan. Jika sukar mendapatkan
daun lidah buaya, anda boleh menggunakan krim atau jeli daun lidah buaya. Daun lidah buaya akan membantu untuk menghasilkan sel-sel baru, menghilangkan
lecetan dengan cepat dan membantu untuk melegakan kesakitan.
3/ Oat
Taburkan beberapa sudu oat ke dalam semangkuk air suam. Kemudian, rendamkan kaki ke
dalam larutan oat tersebut. Oat boleh menbantu menyembuhkan lecetan pada kaki lebih
cepat dan ia boleh mengurangkan rasa gatal di kawasan kulit kaki yang melecet.
4/ Cuka
Epal (apple cider vinegar) & Bawang Merah
Ambil 2-3
biji bawang merah dan tumbuk sehingga lumat. Kemudian, campurkan bawang yang
telah ditumbuk dengan satu sudu cuka epal. Sapukan campuran pada bahagian kulit
kaki yang melecet. Cuka epal mempunyai ciri-ciri anti-kulat dan anti-bakteria
yang kuat yang boleh membantu kulit yang melecet untuk cepat sembuh.
5/ Jeli
Petroleum
Sapukan lapisan
nipis jeli petroleum pada bahagian kaki yang melecet untuk membantu untuk
menyembuhkan lecetan. Jeli petroleum boleh mewujudkan halangan perlindungan
pada kulit kaki. Ini akan membantu melindungi lecetan daripada sebarang geseran
tambahan.
Tip-tip
tambahan:
- Pastikan saiz
kasut yang dipakai sesuai dengan kaki anda. Kasut yang terlalu ketat atau
terlalu besar akan meningkatkan geseran pada kaki dan jari kaki yang boleh
menyebabkan lecetan berlaku.
- Pastikan
kaki kering sebelum memakai kasut. Kasut dan stoking yang basah akan menyebabkan
kaki melecet jauh lebih cepat daripada kaki dan kasut yang kering.
- Pakai
sarung kaki/stoking yang sesuai. Stoking adalah sangat penting kerana mereka
mengurangkan kelembapan (yang menggalakkan pembentukan lecetan) dan mengurangkan
geseran. stoking yang diperbuat daripada nilon adalah lebih baik daripada yang
diperbuat daripada kapas, kerana ia memberikan lebih ruang pernafasan pada
kaki.
Petua-petua
yang dikongsikan bukan sahaja boleh digunakan untuk kaki melecet, jika tangan
anda melecet, anda juga boleh mencuba petua-petua ini. Selamat mencuba. Jika
pembaca-pembaca ada cara lain untuk merawat kaki/tangan melecet, boleh lah
berkongsi dengan yang lain…. Wallahu A’lam..
Sumber gambar: Google image search
P/s: Jika anda mempunyai masalah kulit sensitif, sila dapatkan nasihat doktor sebelum mencuba sebarang petua di atas.
salam kenal...
ReplyDeletemanfaat bawang merah untuk kaki itu apa ya..
dan kalau untuk kaos kaki wanita yang bagus seperti apa ya..
salam sukses
Terima kasih penulis atas sharing tips yg diberikan. Bayi 2 thn 8 bln saya dah boleh main dgn happy lps rendam kaki melecet dia dlm air oat suam. Alhamdulilah.
ReplyDeletethanks sgt untuk petua ni ! lepas rendam kaki dlam oat suam , sapukan vaseline sikit. dua hari aja melecet dah kurang <3
ReplyDeleteKalau kesan melecet kan hitam, boleh hilang ke? Nak cubalah .
ReplyDelete