Bismillahirrahmanirrahim…
Assalamualaikum w.b.r & salam
sejahtera.
Semua wanita mengidamkan perut yang
rata dan tidak sukakan perut yang buncit, betul tak? Biasalah, wanita memang
sukakan pada kecantikan dan perut buncit mungkin boleh membuatkan seseorang
kurang berkeyakinan untuk berdepan dengan orang ramai. Perut buncit juga
merupakan tanda awal kepada pelbagai jenis penyakit berbahaya. Pembaca-pembaca mungkin boleh cuba
menggunakan petua-petua yang MinahCun ingin kongsikan ini. MinahCun tak boleh
janjikan petua-petua ini berkesan untuk semua orang, tetapi usaha adalah tangga
kejayaan dan Allah sukakan hamba-hambaNya yang berusaha dan rajin, jadi tak
salah kan kalau mencuba. Petua-petua ini bukan sahaja boleh diamalkan oleh kaum wanita, kaum lelaki juga boleh mencuba. Antara petua-petua tersebut ialah:
1/ Air Limau Nipis & Kapur Sirih
Sediakan limau nipis, perahkan airnya
ke dalam gelas dan dicampurkan dengan air. Kemudian, campurkan pula dengan
kapur sirih dan dikacau sebati. Sapukan campuran tersebut pada perut sebelum
tidur dan biarkan ianya kering sehingga pagi. Ada juga yang mencadangkan
dibalut dengan bengkung, terpulang kepada kesesuaian anda, kalau malas tak
perlulah gunakan bengkung.
2/ Asam Jawa
Ambil asam jawa, bancuhkan dengan
segelas air panas dan juga garam pada malam hari. Kemudian, biarkan bancuhan
tersebut semalaman. Minum bancuhan tersebut pada keesokan harinya apabila
bangun tidur. Amalkan setiap hari jika ingin melihat kesannya. Asam jawa
merupakan pelawas yang membantu mengelakkan sembelit dan kembung perut.
3/ Daun Lidah Buaya
Ambil daun lidah buaya dan masukkan ke
dalam periuk. Kemudian, tambahkan dengan air asam jawa dan didihkan campuran
tersebut dengan api kecil sehingga pekat. Setelah campuran menjadi pekat, tutup
api dan biarkan campuran menyejuk. Setelah campuran menjadi sejuk, bolehlah
disapukan pada bahagian perut, cuci apabila kering. Daun lidah buaya adalah ejen
antioksidan semulajadi yang melambatkan pertumbuhan radikal bebas dalam badan.
Ia juga membantu menjalankan fungsi sistem pencernaan dengan baik.
4/ Kulit Kayu Manis & Madu
Tumbuk kulit kayu manis sehingga lumat
atau boleh juga gunakan serbuk kulit kayu manis. Masukkan ½ sudu serbuk kayu manis ke dalam
segelas air suam dan kacau. Kemudian, campurkan satu sudu madu ke dalam larutan
kulit kayu manis tadi dan kacau sehingga sebati. Amalkan minum campuran ini
setiap malam sebelum tidur. Madu merupakan gula semulajadi dan penting dalam
menghapuskan lemak yang tersimpan dalam badan. Ia juga merupakan ejen
antioksidan. Manakala kulit kayu manis boleh merendahkan kolesterol LDL dan
membantu mengawal paras glukosa darah. Menurut laman web ‘World's Healthiest
Foods’, kulit kayu manis boleh memberi kesan pembakaran termogenik yang membolehkan ianya
membakar lemak dengan cepat dan tidak membenarkan lemak disimpan dalam badan
anda.
Selain daripada petua-petua di atas,
MinahCun ingin kongsikan sedikit tip tambahan untuk membantu
mengelakkan/mengurangkan perut buncit.
Tip-tip tambahan:
-Makan dengan perlahan
Kunyah makanan sehingga lumat agar
perut senang memproses makanan tersebut dengan baik. Kalau boleh, kunyah 40
kali. Jika kita makan dengan cepat, ia boleh menyebabkan udara tersumbat di
dalam usus yang membentuk gas yang boleh menyebabkan kembung perut dan perut
menjadi buncit.
-Amalkan ‘sit-up’
Amalkan sit-up megikut kemamapuan diri,
apabila bangun dari tidur dan sebelum tidur. Sit-up boleh membentuk perut yang
tegang jika kerap diamalkan.
-Elak minum ketika makan
Elakkan minum air semasa mengambil
makanan berat seperti nasi, mee dll. Pengambilan air ketika makan boleh
menyebabkan perut buncit. Sebaik-baiknya minum air sebelum makan atau 1 jam
selepas makan.
Mudahkan nak kempiskan perut? Yang
penting mestilah rajin dan kosisten. MinahCun memang mengamalkan semua tip-tip
tambahan di atas. Tapi yang part sit-up tu susah sikit la. MinahCun juga sekarang sedang berjinak-jinak dengan petua #4,
minum larutan serbuk kulit kayu hitam dengan madu sebab MinahCun memang suka minum
madu untuk kekal awet muda..hehe…
Selamat mencuba semua!! Wallahu A’lam..
Sumber
gambar: Google image search
p/s: bagi
mereka yang mempunyai masalah kesihatan berkaitan usus dan sistem percernaan,
sila dapatkan khidmat nasihat daripada doktor sebelum mencuba sebarang petua
yang dikongsikan.