Bismillahirrahmanirrahim…
Assalamualaikum
w.b.r & salam sejahtera.
Bak kata orang, kalau nak mengetahui
sama ada seseorang tu pembersih atau pun tidak, tengok lah pada kukunya. Kalau
kuku seseorang tu panjang dan penuh daki hitam, maka kemungkinan besar orang
itu adalah pengotor. Jadi, kenalah jaga kebersihan kuku supaya kuku sentiasa
kelihatan cantik dan dalam masa yang sama boleh mengelakkan jangkitan kuman
yang disebabkan oleh kuku yang kotor. Pada zaman sekarang, ramai perempuan di
luar sana yang berhabis duit untuk rawatan manicure
dan pedicure demi mendapatkan kuku
yang cantik. Bagi mereka yang ingin mendapatkan kuku yang cantik dengan
menggunakan barangan dapur anda, boleh lah mencuba petua-petua ini:
1/ Susu
Bancuh secawan susu suam. Rendamkan
kuku anda ke dalam larutan susu tersebut selama 5 minit. Sebagai alternatif,
anda juga boleh mengamalkan minum susu suam setiap hari. Larutan susu
mengandungi kandungan protein yang boleh membantu menguatkan kuku. Kerap
merendamkan kuku di dalam larutan susu juga boleh membantu melembutkan kulit.
2/ Timun
Ambil sepotong timun dan sapukan pada
kuku anda. Lakukan dengan kerap untuk mendapatkan kuku yang cantik. Anda juga
boleh mengamalkan meminum jus timun sebagai alternatif jika tidak mahu
menyapunya pada kuku. Timun mengandungi kandungan silikon yang tinggi, yang
penting untuk membina dan mengekalkan kuku yang kuat.
3/ Air Mawar
Sediakan semangkuk air mawar dan
rendamkan kuku anda ke dalam rendaman air mawar tersebut selama 10-15 minit.
Air mawar bukan sahaja mempunyai bau yang wangi, ia juga mempunyai manfaat
terapeutik dan mempunyai ciri-ciri anti-radang dan anti-bakteria yang boleh
merawat kulit mati dan melembapkan kuku dan kulit yang kering. Ia juga boleh
membantu anda mendapatkan kuku yang cantik dengan memberi warna merah/merah
jambu pada kuku.
4/ Minyak Zaitun
Panaskan minyak zaitun dalam ketuhar
dan biarkan ia sejuk sedikit. Rendamkan kuku anda dalam minyak tersebut selama
15 hingga 30 minit. Kemudian, urutkan minyak zaitun pada kuku dengan gerakan kecil
membulat sehingga minyak menyerap sepenuhnya pada kuku. Minyak zaitun
membekalkan kelembapan pada kuku dan bagus dalam membantu pertumbuhan kuku yang
sihat. Ia juga boleh membantu menjadikan kuku berkilat secara semulajadi.
5/ Lemon/limau nipis
Sediakan semangkuk jus lemon/limau.
Kemudian, rendamkan kuku ke dalam larutan jus tersebut selama 15-20 minit supaya
kuku dapat menyerap kandungan mineral yang terdapat pada lemon/limau. Selain
menguatkan kuku, lemon/limau juga boleh membantu menjernihkan kuku.
Tip-tip tambahan:
-Jangan amalkan menggigit kuku. Tabiat
ini boleh merosakkan bahagian tepi kuku dan membenarkan bakteria atau kulat
masuk dan menyebabkan jangkitan.
-Pastikan kuku sentiasa kering dan
bersih untuk mengelakkan jangkitan kuman.
-Elakkan terlampau kerap menggunakan
bahan kimia seperti pewarna kuku.
Selamat
mencuba semua… Wallahu A’lam..
Sumber gambar: Google image search
P/S: Sila dapatkan khidmat nasihat daripada doktor sebelum mencuba sebarang petua jika anda mempunyai masalah kulit sensitif.
No comments:
Post a Comment